Pages

Subscribe:

Wednesday 21 September 2011

Permainan "Park It Right"

SINOPSIS ???

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, model permainan kanak-kanak, bantu pelajar memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian dan dalam permainan, jenis permainan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi pelbagai pergerakan dalam semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.


Pengenalan


Blog ini dihasilkan khusus untuk menerangkan tentang permainan yang telah kami hasilkan iaitu “park it right”. Kami akan menerangkan tentang matlamat dan objektif permainan bagi membolehkan para pembaca mengenali permainan ini dengan lebih dekat. Kami juga akan menerangkan tentang peraturan serta cara untuk bermain permainan ini. Diharapkan para pembaca akan dapat mengenali permainan ini dengan lebih dekat dan mendalam.




<< SASARAN >>
  
"Park It Right"


Apa Matlamat ???

  • Meningkatkan kemahiran bukan lokomotor dan lokomotor murid.
  • Melatih murid membuat anggaran dalam melontar bagi mengenai sasaran.
  • Mendidik murid melakukan sesuatu aktiviti dengan menggunakan koordinasi fizikal dengan baik.
  • Memupuk murid berkomunikasi bagi mencapai sesuatu objektif.
  • Melatih perkembangan individu untuk bersaing secara sihat.

Apa Objektif ???
  • Memupuk persaingan yang sihat antara murid.
  • Melatih dan meningkatkan koordinasi mata dan tangan dalam melakukan anggaran semasa membuat lontaran ke arah sasaran.
  • Meningkatkan nilai kerjasama antara ahli kumpulan.
  • Mempelbagaikan kaedah lontaran bagi mengenai sasaran.

<< Panduan Pelaksanaan Permainan >>


 Jenis Peralatan ???

Mattress

Gelung Getah Berwarna
Bola Kertas


Bagaimana Permainan Ini Dimainkan ???

  • Permainan ini memerlukan 2 pasukan yang akan bertanding secara serentak.
  • Pengadil 1 akan meniup wisel bagi memulakan permainan.
  • Pemain yang akan membuat lontaran perlu berlari memasuki kawasan lontaran terlebih dahulu.
  • Hanya seorang sahaja pemain boleh berada dalam kawasan lontaran.
  • Pemain yang telah berada dalam kawasan lontaran boleh membuat lontaran bagi mengenai sasaran
  • Pemain akan bergilir-gilir melakukan lontaran ke arah sasaran.
  • Pemain perlu melontar bola kertas memasuki gelung yang mempunyai pelbagai warna
  • Setiap warna gelung mempunyai nilai yang telah ditetapkan.
  • Setiap gelung yang dimasuki akan dikumpulkan markah oleh pencatat markah.
  • Markah yang dikumpulkan akan ditolak dengan mata hayat kumpulan lawan iaitu 100 mata sedikit demi sedikit.
  • Kumpulan yang berjaya mengurangkan mata hayat lawan dengan cepat dikira pemenang.
  • Tiupan wisel sebanyak 2 kali berturut-turut menandakan pasukan tersebut telah berjaya menghabiskan mata hayat lawan dan memenangi perlawanan.


Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan



Syarat Permainan ???

  • Penekanan kepada kemahiran berlari dan melontar
  • Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan
  • Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.
  • Bagi setiap kumpulan, 4 orang murid akan bertindak sebagai pelontar dan 2 orang akan bertindak sebagai pengutip bola.
  • Setiap kumpulan diberi mata hayat sebanyak 100 mata.
  • Matlamat permainan adalah setiap kumpulan akan berusaha menolak mata hayat kumpulan yang lain secepat mungkin.
  • Kumpulan yang kehilangan mata hayat yang lebih awal akan tersingkir daripada permainan dan dianggap kalah.
  • Setiap pemain boleh membuat lontaran bola sebanyak mana pun tetapi setelah mendengar tiupan wisel penamat, pemain haruslah berhenti melontar.
  • Masa menghabiskan mata hayat lawan direkodkan.
  • Pelontar perlu berada dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.
  • Pelontar bola perlu melontar bola memasuki gelung yang telah disediakan.
  • Setiap kon mewakili mata yang tersendiri.
      • Oren: 5 Mata
      • Hijau : 4 Mata
      • Biru : 3 Mata
      • Kuning : 2 Mata
Hanya pengutip bola sahaja dibenarkan masuk ke dalam kawasan sasaran untuk mengambil untuk dilontar kembali kepada ahli kumpulan.
Apa Pengetahuan Baru Yang Dapat ???


Mempelajari cara mengendalikan blog


Kelebihan paling utama kepada pengguna blog adalah dapat mempelajari cara untuk menggunakan blog. Hal ini kerana dalam kita menguruskan atau menggunakan blog, secara tidak langsung kita akan dapat mempelajari cara untuk menggunakan blog dengan baik. Walaupon proses untuk menguasai cara penggunaan blog ini agak memakan masa, namun lambat laun kita akan menguasainya kerana bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.


Blog sebagai medium penyampaian maklumat


Selepas dapat mempelajari cara untuk mengendalikan blog, kita juga akan dapat mempelajari cara menggunakan blog sebagai medium untuk menyebarkan maklumat. Seperti yang kita ketahui, dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan dimana pelbagai maklumat mampu diperoleh hanya melalui hujung jari sahaja. Dan blog adalah salah satu medium yang paling efektif dalam menyampaikan maklumat kerana ianya mudah, cepat dan menarik.


Belajar cara menghasilkan permainan baharu


Melalui tugasan yang kami terima, kami secara tidak langsung telah mempelajari kemahiran yang begitu penting kepada kepada seorang bakal guru sekolah rendah iaitu menghasilkan permainan baharu. Hal ini kerana, sebagai guru sekolah rendah kita perlu bijak mencipta permainan-permainan baharu kepada murid supaya murid tidak mudah bosan dalam proses PnP. Guru perlu bijak menghasilkan permaian yang mampu menarik minat murid untuk belajar dan murid akan mampu memberi sepenuh perhatian dalam kelas.



 Mempelajari cara untuk menggabungjalinkan kemahiran pendidikan jasmani



Melalui tugasan ini, kami juga dapat mempelajari kaedah untuk menggabungjalinkan dalam usaha untuk mempebagaikan dan menjadikan PnP lebih menarik, kaedah penggabungjalinan ini sangat penting bukan sahaja untuk menjadikan PnP menarik tetapi untuk mennambah pengetahuan murid dalam subjek lain dan tidak tertumpu pada subjek yang diajar sahaja. Contohnya, dalam mengajar pergerakan asas, guru boleh menyelitkan permainan bahasa atau matematik.


Kemahiran ICT ???


             
Kemahiran muat turun gambar dan video dalam yang sesuai


Dalam menggunakan perkhidmatan jalur lebar, penggunaan gambar dan video adalah sangat berleluasa. Oleh itu, dengan menggunakan blog, secara tidak langsung kita akan mempelajari cara untuk muat turun gambar dan video yang sesuai dalam blog. Ini kerana, dengan menggunakan video dan gambar yang sesuai, proses penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah dan menarik.



 Kemahiran mengedit gambar

Dalam, memilih gambar yang bersesuaian untuk dimuat naik dalam blog, kemahiran mengedit gambar sangat penting. Hal ini kerana, tidak semua gambar yang diperoleh boleh digunakan secara terus. Gambar tersebut perlu diedit terlebih dahulu dan dalam hal ini, kemahiran menggunakan software-software seperti Adobe Photoshop adalah sangat penting untuk menjadikan gambar lebih menarik. Dan secara tidak langsung kita akan dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini.




Kemahiran menggunakan enjin carian


Dalam mencari maklumat atau melayari internet, kemahiran penggunaan enjin pencarian seperti Yahoo dan Google adalah sangat penting. Kemahiran ini biasanya akan dapat dikuasai sekiranya kita kerap melayari internet. Dengan menggunakan enjin pencarian ini dengan betul, kita akan memperoleh maklumat yang diingini dengan lebih mudah dan cepat. 


Kemahiran Yang Boleh Digunakan Dalam Kehidupan Seharian ???


Kemahiran mengambil gambar

Dalam, mencari gambar menggunakan enjin pencarian, kadang-kadang kami juga telah menggunakan gambar yang diambil sendiri. Dalam hal ini, kemahiran menggunakan kamera dan mengambil gambar adalah penting. Secara tidak langsung, dalam kami menggunakan blog ini kemahiran mengambil gambar akan dipelajari dari masa ke masa.

            Kemahiran pendidikan jasmani

Dalam menyiapkan blog ini, kami telah menggunakan banyak kemahiran-kemahiran pendidikan jasmani seperti berlari dan melontar. Ini secara tidak langsung menambah pengetahuan kami dalam menggunakan kemahiran pendidikan jasmani atau lebih tepat lagi pergerakan asas. Kemahiran-kemahiran ini telah kami terapkan dalam permainan yang telah kami sediakan.


            Memupuk semangat kerjasama

Dalam menyiapkan blog ini kami telah membahagikan tugas dan bahagian yang perlu disiapkan oleh setiap ahli kumpulan. Selain itu, kami juga telah berbincang tentang permainan yang akan dicipta dan pembinaan blog. Hal ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kerjasama dalam diri kami dalam satu kumpulan kerana  semangat kerjasama adalah penting kepada sesuatu kumpulan untuk mencapai sesuatu.

Penjagaan keselamatan

Dalam membina permainan ini, penjagaan keselamatan adalah sangat dititik beratkan untuk memastikan keselamatan murid. Kami telah memilih peralatan yang selamat untuk digunakan seperti Gym Mattress dan gelung. Dan untuk menambahkan lagi keselamatan permainan ini, kami telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kertas. Hal ini secara tidak langsung telah menambah kesedaran dan kemahiran kami dalam penjagaan keselamatan murid dalam kelas.
 

Keberkesanan Permainan ???

Kelebihan Permainan ???

  • Menggabungkan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor.
  • Menggunakan kemahiran memanipulasi alatan.
  • Memasukkan unsur permainan berunsur sasaran.
  • Memerlukan semangat kerjasama antara murid.
  • Melatih murid membina strategi sebelum bermain sesuatu permainan.
  • Mengasah bakat dan kemahiran murid dalam kemahiran melontar dan sasaran.
  • Sesuai dimainkan di mana-mana tempat.

Kekurangan Permainan ???
  • Hanya melibatkan 10 orang pemain.
  • Tidak seimbang dalam pembahagian murid yang berkemahiran dan kurang berkemahiran.
 
Penutup


Kesimpulannya, kami amat berpuas hati dengan permainan yang dihasilkan kerana permainan ini sangat menyeronokkan. Kami juga berharap agar para pembaca dapat mencuba permainan ini kelak. Sekian,terima kasih.
     Rujukan Kami???
    TGFU
    TGFU 2
    TGFU 3
    Kanak- Kanak Dan Permainan 1
    Pengurusan Permainan Kanak- Kanak
    Contoh Permainan TGFU
    Contoh Permainan TGFU 2
    Contoh Permainan TGFU 3
    TGFU & Target Games

    PERMAINAN SASARAN
    http://www.miniclip.com/games/8-ball-pool-multiplayer/en/




     


    0 comments:

    Post a Comment